RSS

Mulakan Setiap Amalanmu Dengan Kalimah

Adab Makan dan Menghidang Makanan

Akhlak Islamiah

SEKOLAHKU

                               

                                


  LOGO SEKOLAH


Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI.

Tahun sekolah ditubuhkan : 2002

Motto Sekolah : CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG

Buku : Melambangkan keunggulan yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Merah : Melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu serta semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.

Bulatan : Pengembelingan tenaga seluruh warga sekolah dalam mencapai kualiti semua bidang.

Bumi : Kemajuan dalam semua bidang sains dan teknologi yang bertaraf dunia.

Komputer dan set Geometri : Kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi asas kejayaan rakyat Malaysia.

Reben : Keharmonian dan kesejahteraan warga sekolah.

Kombinasi warna (Merah, Kuning, Biru) : Keharmonian, kesetabilan, keceriaan dan kematangan sebuah sekolah.


FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.


LAGU SEKOLAH

BERDIRI MEGAH TERSERGAM INDAH
SEKOLAH TAMAN KOTA JAYA
RASA KASIH PASTI BERSEMI
ITULAH SEKOLAH KAMI
BERWAWASAN DAN SEMANGAT JUANG
MENGHADAPI CABARAN MENDATANG
TANGGUNGJAWAB TETAP KAMI JULANG
DEMI MENJADI INSAN SEIMBANG
BERILMU, BERBAKTI DAN BERDISIPLIN
BERBUDI....
YAKIN BOLEH DAN BERDIKARI
MENGGAPAI CITA YANG MURNI
AYAH BONDA DOAKANLAH KAMI
JASA GURU KAMI SANJUNGI
BERUSAHA... BERJAYA...
MENJADI WARGA MALAYSIA JAYA.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini dibina pada Jun 2000 oleh Syarikat Norhasbina Sdn. Bhd. berdasarkan konsep "Design And build" bernilai RM7.8 juta, di atas tapak yang berkeluasan 5 ekar. Sekolah ini mengandungi 30 buah bilik darjah, Perpustakaan, Bilik komputer, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Seni, Surau, Kantin, Padang dan Garaj Kereta. Sekolah ini mula dibuka semasa pelancarannya pada 3 Januari 2002 oleh Encik Sarjikon bin Haji Mojri selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.


Pada tahun pertama beroperasi bilangan muridnya seramai 837 orang iaitu murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja, kerana murid-murid tahun 6 dikekalkan di sekolah lama bagi membolehkan mereka menduduki UPSR dengan tenang dan selesa. Tahun 2003 merupakan tahun pertama UPSR dijalankan di sekolah ini.Sehingga kini murid sekolah ini telah mencecah 1100 orang murid.

                            

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS