RSS

Mulakan Setiap Amalanmu Dengan Kalimah

Adab Makan dan Menghidang Makanan

Akhlak Islamiah

Hikmah makan

Hikmah makan makanan yang halal;

Makanan yang halal adalah baik untuk dimakan. Adakah anda tahu,kenapakah benda-benda tersebut halal dimakan?? 

Islam tidak mengabaikan kesihatan umatnya,sebab itu lah islam hanya menghalalkan benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,najis dan jijik rupanya.


Hikmah memakan makanan yang halal antaranya ialah:






Ø Khusyuk beribadat


Ø Mendapat hidayah daripada Allah


Ø Mudah menerima pelajaran


Ø Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal


Ø Diredhai oleh Allah


Ø Doa diterima

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat makan

ADAKAH ANDA TAHU APAKAH AKIBAT SEKIRANYA SESEORANG MU'MIN MEMAKAN MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN??



Terdapat beberapa akibat yang akan menimpa orang yang memakan makanan yang haram iaitu;



#   Hati tertutup daripada menerima hidayah Allah


#   Susah mendapat ilmu pengetahuan


#   Ibadat yang dikerjakan sia-sia


#   Memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal


  #  Dilaknat oleh Allah dan azab di akhirat


#  Mudah dihasut syaitan

#  Dipandang hina oleh masyarakat





Oleh yang demikian,adakah anda masih mahu masyarakat di sekeliling kita bergelumang dengan memakan makanan yang haram?? apakah tugas kita sebagai umat islam ke atas saudara sesama kita?? Marilah kita sama-sama menasihati antara satu sama lain agar kita sentiasa di redhai Allah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tamak


                       

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian:
  • Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.
  • Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
  • Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.
  • Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan “alhamdulillah” di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
  • Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS