RSS

Mulakan Setiap Amalanmu Dengan Kalimah

Adab Makan dan Menghidang Makanan

Akhlak Islamiah

amalan Rasulullah

        




Cara Rasulullah makan


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

* Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

* Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


5 cara sihat amalan Rasulullah S.A.W


Rasul itu dikisahkan hanya sakit dua kali yang pertama kerana diracun yang kedua kerana mendekati ajalnya.

Bagaimana baginda menjaga kesihatannya? Berikut adalah amalan yang dilakukan oleh baginda.




1. Nabi Muhammad SAW selalu bangun menjelang fajar. Selesai solat,baginda  tidak tidur tetapi terus mengucapkan zikir, mengaji, serta mencari nafkah. Bangun menjelang fajar memang lebih nyaman daripada bangun setelah terbit matahari kerana boleh membuat tubuh kita lebih sehat, nyaman serta segar.



2. Nabi Muhammad SAW makan sesudah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Baginda makan untuk keperluan hidup, bukan hidup untuk makan.





3. Nabi Muhammad SAW tidak  marah dengan  emosi. Marah dengan disertai emosi tidak menunjukkan keikhlasan dan kecintaan kepada yang dimarahi. Ertinya marah baginda hanya pada wajah, tetapi nurani Rasulullah SAW menunjukkan sikap kasih sayang.




4. Nabi Muhammad SAW tidak pernah minum sambil bernafas. Air yang baginda minum adalah dari gelas yang tertutup. Menurut baginda, air dari gelas yang terbuka mudah terkena debu.




5. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengeluh ketika sakit kerana mengeluh menunjukkan sifat tidak sabar.



Diet amalan Rasulullah S.A.W


1. JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah jika anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN

A. Jangan makan buah setelah makan nasi,sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu,baru makan nasi.

B. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

C. Jangan sesekali tinggal makan malam.Barang siapa yang tinggal makan malam,dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cubalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
tetapi kesannya akan nampak di hari tua kita nanti. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita mengandungi ayam dan ikan dalam masa yang sama, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita. Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)


Wassalam…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

sktkj-panitia pendidikan slam said...

tahniah sebab telah berjaya membuat blog

sktkj-panitia pendidikan slam said...

banyak amalan2 rasulullah yang kita tdk tahu kan? bila baca blog ni dapat lah ilmu.

Post a Comment